PROJEK #KONGSIREZEKI

KHAS UNTUK ANDA YANG TERKESAN AKIBAT DARI COVID-19
Kami ada sediakan sedikit bantuan makanan untuk anda.
Sila baca dengan teliti..
Kami dari Idea Master Holdings Sdn Bhd ingin berkongsi rezeki dengan anda dengan menyediakan set makanan asasi yang kami beri nama sebagai Set Kotak #KongsiRezeki. Dalam kotak ini, kami isikan dengan beberapa makanan asasi seperti Beras, Sardin, Gula, Bihun, Minyak Masak, Teh Uncang, Biskut dan Megi. Diharapkan dengan sedikit bantuan ini, dapat meringankan beban anda semua..
Pejabat kami di Setia Alam. Kami tidak ada buat penghantaran. Diutamakan untuk anda yang boleh datang pickup sendiri di pejabat kami di Setia Alam. Anda isi nama di bawah ini, nanti team kami akan Whatsapp lokasi pejabat kami dan waktu yang anda boleh datang ambil. Ini adalah untuk mengelakkan ramai orang datang sekali gus bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Hanya seorang wakil keluarga sahaja yang boleh datang ambil dan sila patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.
Pihak kami juga akan merahsiakan identiti anda. Jangan risau..
Jangan segan, jangan malu.. Sila isikan details di bawah ini segera.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)